•October 13, 2007 • Leave a Comment

My Inspiration.

Another World – Celui du RPG… « Retour#comment-575

•August 28, 2007 • Leave a Comment

Another World – Celui du RPG… « Retour#comment-575

Final year project proposal « The Science Of Space

•August 21, 2007 • Leave a Comment

Final year project proposal « The Science Of Space

CADANGAN PENYELIDIKANIsu       : Guna tanah dan Kualiti airTajuk   : Hubungan diantara guna tanah dan kualiti air Daerah Kota Belud. Kajian kes sungai Tempasuk1.Pengenalan Guna tanah adalah cara sebenar dan tertentu satu-satu kawasan itu digunakan dan cara penggunaan itu tidak terbatas kepada pertanian sahaja. Ia juga merangkumi aktiviti-aktiviti bukan pertanian seperti perindustrian, perlombongan pembandaran dan sebagainya yang menunujukkan aktiviti-aktiviti manusia. Sham Sani, Abdul Samad Hadi dan Jamaluddin Md. Jahi memetik ayat Hagget, 1965: 24, guna tanah biasanya di panggil sebagai kesan aktiviti penempatan dan kemajuan manusia dalam satu-satu kawasan melalui peringkat masa tertentu.            Dalam isu guna tanah ini, ia perlu dirancang dengan strategik bagi mengelakkan impaknya terhadap kualiti air. Penentuan guna tanah mempunyai kesan yang signifikan terhadap sumber alam dan kualiti air. Potensi kesan negatif ke atas air dan sumber alam meningkat apabila intensiti guna tanah meningkat. Intensiti guna tanah boleh dikategorikan sebagai intensiti yang rendah seperti kawasan terbuka iaitu tanah pertanian dan pengurusan kawasan hijau atau intensiti yang tinggi iaitu seperti perindustrian dan pusat Bandar.            Kualiti air dan kuantiti air memberikan pengaruh yang besar dalam perletakan aktiviti guna tanah. kualiti air sungai di Malaysia telah di monitor oleh beberapa agensi kerajaan terutama sekali jabatan alam sekitar dan jabatan pengairan dan saliran. Proses penyelidikan amat penting dalam memperolehi data-data baru mengenai guna tanah dan kualti air di kawasan kajian.            Perkembangan teknologi maklumat memberikan peluang yang luas bagi menguji pendekatan-pendekatan baru kepada pemprosesan data bersifat geografi. Kajian yang dibuat ini akan menggunakan aplikasi GIS (sistem maklumat geografi) bagi tujuan mengenalpasti jenis guna tanah di sepanjang sungai Tempasuk dan hubungannya dengan kualiti air. 2. Permasalahan kajianTerdapat beberapa isu yang berkaitan dengan hubungan guna tanah dan kualiti air.2.1 Isu berkaitan dengan hubungan guna tanah dan kualiti air di sungai Tempasuk.2.2 Isu berkaitan pengurusan guna tanah yang mempengaruhi kualiti air. 3. Kerangka penyelidikan3.1 Skop kajian3.1.1 Skop utama kajian ini ialah untuk mengkaji dan menganalisa hubungan guna tanah dan kualti air.3.1.2 Mengenalpasti masalah-masalah pengurusan guna tanah yang memberi impak terhadap kualti air. 3.2 Kawasan KajianKawasan kajian adalah di sepanjang sungai Tempasuk, Kota Belud yang mana terletak 4km dari Pekan Kota Belud. Sungai Tempasuk adalah sungai dimana hasil daripada pertemuan sungai Wariu dengan sungai Kadamaian, yang mana sungai Wariu dan Kadamaian ini merupakan dua lembangan saliran yang berbeza. Aplikasi GIS akan digunakan dalam menentukan luas kawasan kajian dan panjang sungai Tempasuk. 3.3 Objektif kajian3.3.1 Mengkaji dan menganalisis hubungan diantara guna tanah dan kualiti air.3.3.2 Melihat apakah jenis guna tanah yang banyak mempengaruhi kualiti air sungai Tempasuk 3.3.3. Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan diantara guna tanah dan kualiti air di sungai tersebut.   3.4 Hipotesis3.4.1 Terdapat hubungan diantara guna tanah dan kualiti air.3.4.2 Penentuan Guna tanah memainkan peranan dalam mengubah kualiti air sungai.  4. MetodologiKaedah kajian adalah satu cara untuk mendapatkan data yang akan dikaji atau dianalisis. Dengan itu, kedah kajian yang akan dilakukan adalah mendapatkan atau menjalankan kajian terhadap permasalahan kajian yang telah dipilih. Terdapat tiga kaedah utama yang akan digunakan dalam menjalankan kajian ini iaitu, bahan perpustakaan, pengambilan gambar foto dan peta topografi kawasan kajian, dan mendapatkan maklumat dari agensi kerajaan. 4.1 Sumber Data Primer (Data Kualitatif)4.1.1 Kajian Lapangan / pemerhatian.Gambar foto kawasan kajian akan diambil dengan membuat kajian lapangan di kawasan kajian. Gambar yang diambil lebih memfokuskan jenis guna tanah yang terdapat disepanjang sungai Tempasuk dan juga menjalankan pemerhatian terhadap aktiviti guna tanah. 4.2 Sumber Data Sekunder4.2.1 Bahan PerpustakaanMembuat rujukan di perpustakaan-perpustakaan untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan kajian yang akan dijalankan. Antara perpustakaan yang akan dirujuk ialah perpustakaan Universiti Malaysia Sabah, perpustakaan Negeri Sabah dan Perpustakaan Kota Belud. Antara bahan yang akan menjadi rujukan adalah seperti jurnal-jurnal, artikel-artikel dan buku-buku yang berkaitan dengan tajuk kajian.4.2.2 Kaedah Kajian PustakaKaedah ini melibatkan pengambilan data dari jabatan-jabatan kerajaan untuk mengukuhkan data dan maklumat yang diperlukan dalam menjalankan kajian. Data-data seperti jenis-jenis guna tanah, kualiti air sungai dan peta topografi sungai Tempasuk serta maklumat lain yang berkaitan dengan kajian. Maklumat ini penting bagi menghurai permasalahan kajian.  4.2.3 Analisis Menggunakan Aplikasi GIS4.2.3.1 Data yang berkaitan dengan guna tanah dan kualiti air dianalisis di dalam perisian GIS.4.2.3.2 Peta topografi ditukarkan kedalam bentuk digital dengan menggunakan perisian R2V kepada MapInfo.4.2.3.3 Analisis dijalankan dengan menggunakan fungsi-fungsi perisian GIS seperti R2V, MapInfo dan ArcView dalam menentukan luas kawasan kajian dan yang berkaitan dengan tajuk kajian. 5. Jangkaan KeputusanJangkaan keputusan bagi kajian ini ialah terdapat hubungan diantara guna tanah dan kualiti air sungai dikawasan kajian. Interaksi hubungan guna tanah dan kualiti air dapat dilihat didalam analisis aplikasi GIS. Jangkaan keputusan ini akan dapat dijadikan panduan dan hala tuju pemonitoran guna tanah dan kualiti air sungai dikawasan kajian. 6. Kesimpulan            Secara keseluruhannya, hubungan guna tanah dan kualiti air ini merupakan satu hubungan yang mana saling berkaitan. Penentuan guna tanah mempunyai kesan yang signifikan terhadap sumber alam dan kualiti air. Dengan terdapatnya aktiviti guna tanah disepanjang sungai Tempasuk maka kualiti air sudah pastinya akan dipengaruhi.            Oleh itu, kajian terhadap hubungan guna tanah dan kualiti air ini dapat mengenalpasti permasalahan yang ditimbulkan dalam kajian ini. Kajian ini sudah pasti dapat menghasilkan data pemetaan yang berbentuk digital apabila dianalisis menggunakan aplikasi GIS yang melihat hubungan diantara guna tanah dan kualiti air sungai Tempasuk.